Alhamdulillah, syukur pada
Allah..sebenarnya penubuhan Hawa Polkalicious ni tanpa dirancang. Semuanya
bermula pada April 2013 di mana kontrak kerja saya tergantung selama
sebulan.
Dalam masa sebulan duduk di rumah, terlintas di hati ingin membuat
sesuatu yang boleh mengisi masa lapang. Pada masa itu saya hanya tertarik untuk
membuat apam polkadot. Saya pun terus mencari resepi di internet bagaimana
untuk membuat apam.
Setelah dapat resepi yang saya rasakan sesuai, saya pun
membeli bahan-bahan untuk membuat apam. Dengan semangat yang berkobar-kobar dan
bahan-bahan yang sudah tersedia di depan mata, saya pun memulakan eksperimen
pertama dan Alhamdulillah hasil percubaan yang pertama menjadi. Corak pertama
yang saya hasilkan adalah lady bug dan juga karektor kartun “Minion”.
Dengan
hati yang gembira saya pun memuat naik gambar apam hasil eksperimen saya di
facebook. Tidak disangka-sangka ada yang berminat untuk menempah. Dengan hati
yang berbelah bahagi samada untuk menerima atau tidak, akhirnya saya terima atas
sokongan dari suami saya.
Bermula dari itu lah apam saya terus mendapat permintaan.
Dengan hanya bermodalkan RM20 saya memulakan bisnes kecil-kecilan saya dan
hasil dari jualan itu lah saya membuat pusingan modal untuk membeli bahan-bahan
yang saya perlukan.
Setalah cukup sebulan saya di rumah,
saya dipanggil semula untuk bekerja dan saya membuat bisnes ini sebagai part
time di mana saya hanya membuat tempahan pada waktu malam sahaja.
Selain daripada mengambil tempahan, saya juga ada meletakkan produk saya ini di sebuah café di Taman Air Biru, Pasir Gudang iaitu di Dessert Queen. Sambutan juga Alhamdulillah
sangat menggalakkan dan biasanya tentulah pelanggan cilik yang begitu teruja
untuk membeli.
Harapan saya pada suatu hari nanti
semoga produk Hawa Polkalicious ini semakin dikenali dan mendapat tempat di
hati para pelanggan dan saya juga bercadang untuk mengembangkan lagi bisnes
saya ini dengan menambah lain-lain produk yang mana boleh menarik hati dan
selera pelanggan, In Shaa Allah.
No comments:
Post a Comment