Followers

Hawa Polkalicious

Alhamdulillah, syukur pada Allah..sebenarnya penubuhan Hawa Polkalicious ni tanpa dirancang. Semuanya bermula pada April 2013 di mana kontrak kerja saya tergantung selama sebulan.

Dalam masa sebulan duduk di rumah, terlintas di hati ingin membuat sesuatu yang boleh mengisi masa lapang. Pada masa itu saya hanya tertarik untuk membuat apam polkadot. Saya pun terus mencari resepi di internet bagaimana untuk membuat apam. 

Setelah dapat resepi yang saya rasakan sesuai, saya pun membeli bahan-bahan untuk membuat apam. Dengan semangat yang berkobar-kobar dan bahan-bahan yang sudah tersedia di depan mata, saya pun memulakan eksperimen pertama dan Alhamdulillah hasil percubaan yang pertama menjadi. Corak pertama yang saya hasilkan adalah lady bug dan juga karektor kartun “Minion”. 

Dengan hati yang gembira saya pun memuat naik gambar apam hasil eksperimen saya di facebook. Tidak disangka-sangka ada yang berminat untuk menempah. Dengan hati yang berbelah bahagi samada untuk menerima atau tidak, akhirnya saya terima atas sokongan dari suami saya. 

Bermula dari itu lah apam saya terus mendapat permintaan. Dengan hanya bermodalkan RM20 saya memulakan bisnes kecil-kecilan saya dan hasil dari jualan itu lah saya membuat pusingan modal untuk membeli bahan-bahan yang saya perlukan.

Setalah cukup sebulan saya di rumah, saya dipanggil semula untuk bekerja dan saya membuat bisnes ini sebagai part time di mana saya hanya membuat tempahan pada waktu malam sahaja. 

Selain daripada mengambil tempahan, saya juga ada meletakkan produk saya ini di sebuah café di Taman Air Biru, Pasir Gudang iaitu di Dessert Queen. Sambutan juga Alhamdulillah sangat menggalakkan dan biasanya tentulah pelanggan cilik yang begitu teruja untuk membeli.

Harapan saya pada suatu hari nanti semoga produk Hawa Polkalicious ini semakin dikenali dan mendapat tempat di hati para pelanggan dan saya juga bercadang untuk mengembangkan lagi bisnes saya ini dengan menambah lain-lain produk yang mana boleh menarik hati dan selera pelanggan, In Shaa Allah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...