Followers

Kenali Saya

Saya Nor Hazimah binti Amat Haironi dilahirkan di Johor Bahru. Saya telah mendapat pendidikan awal di Sek. Keb Permas Jaya 1 dari tahun 1990 – 1995, kemudian Sek. Men. Keb. Permas Jaya dari tahun 1996 – 2000. 

Setelah tamat SPM saya menyambung pengajian di institusi pengajian swasta iaitu di Institut Sains dan Teknologi Darul Takzim dari tahun 2001 – 2004 dalam jurusan Diploma Pengurusan Pentadbiran dan Perniagaan.

Pengalaman pertama kerja saya hanyalah sebagai Sales Assistance di Pasaraya The Zon sebelum menyambung pengajian. Semasa di dalam pengajian saya juga pernah membuat kerja sambilan sebagai Service Crew di Sushi King, Giant Plentong ketika cuti semester. Saya mula bekerja  di Malaysia Marine and Heavy Engineering Sdn. Bhd. dari tahun 2004 hingga kini sebagai Document Controller Clerk.

Pada akhir Februari 2014 keadaan tidak disangka-sangka berlaku di mana kontrak kerja saya tidak disambung selama sebulan. Dalam mengisi masa lapang yang ada, saya mula mencuba membuat apam dan cubaan pertama Alhamdulillah menjadi. 

Dengan hati yang gembira saya pun memuat naik gambar hasil percubaan di Facebook. Tanpa disangka ada yang berminat untuk menempah dan bermula di situlah bisnes kecil-kecilan saya berjalan. 

Saya juga memasang impian moga suatu hari nanti saya dapat kembangkan lagi bisnes saya supaya lebih maju dan dikenali.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...